Kelas Asas Komputer (Microsoft PowerPoint dan Excel)

11 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer Microsoft Power Point dan Excel yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri seorang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft Peserta juga telah diberikan latihan membuat jadual di dalam Microsoft Excel bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selepas itu, peserta terus membuat Latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam asas formula matematik menggunakan Microsoft Excel. Selepas itu, staf mendedahkan juga pengenalan kepada Microsoft Powerpoint. Peserta diminta untuk membuat latihan membuta slaid pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini boleh memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali